Qurban di Afrika – Biar Daging Sampai ke Pinggan Mereka

Qurban di Afrika – Biar Daging Sampai ke Pinggan Mereka

1/7 Lembu Qurban Afrika

Agihan daging qurban untuk keluarga dhuafa
dan komuniti memerlukan di Afrika.

“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan daripada kamu lah yang dapat mencapainya.”
– Surah Al-Hajj, Ayat 37


Setiap tahun, ribuan keluarga Muslim di Afrika menyambut Aidiladha dalam keadaan serba kekurangan. Kemiskinan, krisis makanan dan kemarau yang berpanjangan menyebabkan ramai keluarga sukar mendapatkan makanan yang mencukupi, apatah lagi menikmati daging qurban seperti umat Islam lain.


Tahun ini, ASAR Humanity ingin membawa sinar kegembiraan buat mereka. Melalui program Qurban Lembu di Afrika, kami berhasrat untuk menyampaikan daging qurban segar kepada komuniti yang paling memerlukan khususnya golongan miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal dan warga emas.


Kenapa Qurban anda penting?

● Menyampaikan makanan berkhasiat kepada keluarga yang memerlukan
● Membawa kegembiraan Aidiladha kepada komuniti yang jarang menikmati daging
● Setiap sembelihan adalah tanda kasih sayang dan ibadah yang diterima Allah

Maklumat Pelaksanaan:

– Qurban akan dilaksanakan sepenuhnya oleh pasukan lapangan ASAR Humanity dan kolaborator lapangan
– Bukti penyembelihan (gambar & video) akan dihantar dalam masa 30 hari selepas Aidiladha
– Sijil penyertaan Qurban digital akan disediakan sebagai bukti amanah anda dilaksanakan


Rezeki anda, nikmat buat mereka


Klik untuk menyertai. Biar Qurban anda menjadi berkat buat dunia & akhirat.

Total Payment

MYR 0.00


Total amount for Qurban di Afrika – Biar Daging Sampai ke Pinggan Mereka