Kambing/Biri-Biri Super Indonesia ±35 kg
**Qurban anda sampai ke kawasan terjejas bencana dan kawasan pedalaman Indonesia**
Kambing qurban ±35 kg dengan agihan ke Jawa, Sumatera & NTT melalui program oleh Human
Initiative, sebuah organisasi kemanusiaan yang telah lebih 20 tahun menguruskan pengagihan qurban ke pelbagai
kawasan yang memerlukan di Indonesia.
Setiap haiwan qurban dipilih dengan teliti, dijaga dengan baik, serta dipastikan sihat, cukup umur dan
memenuhi syarat sah sebagai haiwan qurban menurut syariat. Dengan anggaran berat sekitar ±35 kg, qurban ini
memberi manfaat yang lebih meluas kepada komuniti penerima di pelbagai kawasan.
Agihan ke Jawa, Sumatera & NTT difokuskan kerana masih terdapat banyak kawasan yang terjejas
akibat bencana serta kawasan pedalaman yang mempunyai keterbatasan akses kepada makanan berkhasiat seperti
daging. Pada musim Aidiladha, qurban menjadi sumber protein yang sangat dinantikan oleh masyarakat di
kawasan ini.
Harga sudah termasuk kos agihan ke kawasan sasaran, proses penyembelihan, serta laporan pelaksanaan
yang telus dan boleh dipertanggungjawabkan.
Penyembelihan akan dilaksanakan bermula 27 Mei 2026 (10 Zulhijjah 1447H) selepas solat Hari Raya
Aidiladha sehingga 31 Mei 2026 (13 Zulhijjah 1447H). Qurban ini sesuai syariat, berpatutan, dan memberi impak
besar kepada masyarakat di kawasan terjejas bencana dan kawasan pedalaman Indonesia.
Jom sempurnakan ibadah qurban anda bersama Human Initiative